Khusus untuk anda..
Tarikh : 17 Ogos 2008
Hari : Ahad
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Kuala Lumpur & Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Anjuran : Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU
Filed under: Aktiviti | Leave a Comment »
Khusus untuk anda..
Tarikh : 17 Ogos 2008
Hari : Ahad
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Kuala Lumpur & Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Anjuran : Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU
Filed under: Aktiviti | Leave a Comment »
Forum khas membicarakan soal pindaan AUKU yang dibentangkan dalam Parlimen 16 Julai 2008 yang lalu.. Ingin tahu lebih lanjut apakah sebenarnya pindaan yang dibuat? Adakah ia benar-benar memberi kebebasan kepada mahasiswa atau retorik semata-mata? Datanglah beramai-ramai ke forum.. Nantikan hebahan selanjutnya..
InsyaAllah forum ini akan dibuat pada 15 Ogos 2008.. Tempat forum dan ahli panel akan dihebahkan dalam hebahan selanjutnya. Kosongkan kalendar anda sekarang!
Untuk melihat pindaan AUKU yang dibentangkan sila ke laman di bawah. Perbahasan menganai pindaan ini akan dilakukan pada sidang parlimen yang akan datang
Filed under: Aktiviti | Leave a Comment »
Dipetik daripada: http://www.malaysiakini.com/news/85002
Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) mencadangkan kepada kerajaan akta alternatif – bagi menggantikan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) – yang dapat memberi kebebasan berpersatuan, bersuara, kebebasan akademik dan terlibat dalam politik.
GMMA merupakan gabungan enam pertubuhan pelajar – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Bahasa Cina, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Teras Keupayaan Melayu (Teras) dan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma).
Penyelaras GMMA Teh Yee Keong berkata, cadangan tersebut telah disiapkan dan akan diserahkan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen pada Selasa depan.
Teh menambah, cadangan itu juga akan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi sama ada esok atau lusa, bergantung tarikh temujanji dengan pegawai berkenaan.
Ia juga akan diserahkan kepada ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail minggu depan, katanya di sidang media di Kuala Lumpur pagi ini.
GMMA, tambah Teh (foto), akan mengadakan siri jelajah ke seluruh kampus universiti di Semenanjung untuk menjelaskan mengenai akta alternatif tersebut mulai bulan depan.
Akta alternatif itu ‘Piagam Agung untuk Akta Mahasiswa 2008′ adalah satu cadangan undang-undang yang menyentuh aspek-aspek pentadbiran dan mahasiswa di universiti dan kolej universiti.
Akta ini menjamin hak-hak mahasiswa yang selari dengan nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Perisytiharan Hak Asasi Manusia (UDHR) dan Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
Penyelidik GMMA Faridzul Nasarudin menjelaskan, akta alternatif ini mengambil semangat dan falsafah piagam agung yang diperkenalkan oleh King John pada 1215 di England.
“Ia merujuk kepada satu prinsip atau satu set undang-undang yang pertama sekali yang mempengaruhi kerangka demokrasi dan perlembagaan yang ada pada hari ini.
“Kami mengambil sikap bahawa prinsip dan falsafah magna carta (piagam agung) ini perlu diwujudkan kembali agar kebebasan yang sebenar selari dengan prinsip-prinsip demokrasi, hak asasi manusia dan juga Perlembagaan Persekutuan dapat dijamin dengan sewajarnya,” kata Faridzul (foto).
Turut hadir di sidang media itu, wakil-wakil kumpulan siswa tersebut Ridzuan Mohammad (Gamis), Simon Ooi Tze Min (setiausaha pentadbiran Dema) dan Zulzaidi Mahmod (koordinator pendidikan pengguna Teras).
Teh pula berkata, GMMA mengalu-alukan ahli-ahli parlimen BN atau Pakatan Rakyat yang ingin membahaskan akta alternatif ini di Dewan Rakyat.
Beliau juga mencadangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi agar membatalkan hasrat untuk meminda akta ini.
“Kami juga cadangkan tindakan itu diberhentikan sebab tidak ada apa-apa usaha perlu dilakukan dengan pindaan, AUKU harus dimansuhkan.
“Seterusnya dibuatkan akta alternatif untuk menggantikannya.
“Sebabnya, yang mengganggu mahasiswa bukan sahaja artikel 15 dan 16, banyak lagi artikel yang ada di bawah AUKU ini. Sebab akta ini banyak memberi kuasa kepada naib canselor untuk memutuskan segala-gala perkara di universiti,” katanya.
Ooi (foto) pula berkata beliau kesal dengan sikap kementerian yang tidak mahu berjumpa dengan GMMA untuk berdialog dan menerima memorandum mereka.
“Setiap kali kami ingin berjumpa dengan kementerian, untuk berdialog dengannya, nak menghantar memorandum kepada kementerian, malangnya kami tidak dapat berjumpa dengan mereka dengan alasan kami (GMMA) tidak diiktiraf,” katanya.
Menurutnya lagi, kementerian selalu berjanji untuk memberikan kebebasan kepada pelaja “tetapi ia tidak terus terang pindaan-pindaan berkenaan.
Menurut Ridzuan, GMMA difahamkan bahawa pindaan AUKU akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat tahun ini.
“Tetapi hari ini, kita tidak nampak bahagian mana yang ingin digubal, yang ingin dipinda, sama ada menyentuh mengenai politik, menyentuh mengenai kegiatan dalam masyarakat, ataupun dari sudut akademik itu sendiri.
“Kementerian seharusnya memaklumkan lebih awal kepada mahasiswa dan rakyat, (bahagian) apa yang ingin dipinda,” kata Ridzuan (foto).
Faridzul pula menyeru kerajaan agar mengambil berat cadangan akta alternatif GMMA yang akan dikemukakan nanti.
“Kami menegaskan bahawa kami bukan persatuan yang menentang kerajaan. Mereka (kementerian) berkata untuk mengkaji dan mencadangkan beberapa pindaan terhadap AUKU.
“Mengambil peluang tersebut, kami di peringkat mahasiswa mengambil inisiatif untuk membantu kementerian dengan menyediakan magna carta (piagam agung) kepada mereka,” kata Faridzul.
GMMA amat berharap kementerian bersedia bertemu dan berdialog dengan mereka.
Ia juga menjelaskan perdana menteri belum memberikan sebarang respons, setakat ini, untuk bertemu mereka minggu depan.
Bagaimanapun, menurut gabungan itu, Wan Azizah akan berjumpa mereka 1 Julai depan di Parlimen.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Forum Auku
Tarikh : 13 Jun 2008
Tempat : MCPA, Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur
1, Jalan Maharajalela, 50150, Kuala Lumpur
Masa Mula : 3pm
Aturcara Program:
3pm-430pm Kebebasan Akademi dan AUKU
Panel: Tan Sri Profesor Emeritus Khoo Kay Kim
DR Rosli Rahmat, Bekas Pengerusi PERKAUM
445pm-615pm Perlembagaan dan AUKU
Panel: Dr Azri Bari,Pensyarah Perundangan UIA
Latifah Koya,Peguam Hak Asasi
615pm-830pm Rehat
800pm-930pm Mahasiswa dan AUKU
Panel: Soh Sook Hwa, Mahasiswa yang mencabar Auku di Mahkamah
Zainul faqar,Ahli akademi muda yang melawan AUKU
930pm-1030pm Pengenalan Akta Mahasiwa Baru dan Dikusi
Filed under: Aktiviti | 2 Comments »
Oleh : Unit Penyelidikan GMMA
Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) sekarang ini mula dibangkitkan semula oleh segelintir mahasiswa yang sedar. Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) adalah himpunan segelintir mahasiswa yang memperjuangkan pemansuhan AUKU. Ini kerana AUKU sama sekali bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut kajian yang dibuat oleh kumpulan penyelidikan GMMA mendapati bahawa AUKU bercanggah dengan perkara 4,5, 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, turut menyalahi hak asasi manusia memandangkan Perkara-Perkara tersebut mengandungi peruntukan hak asasi manusia.
Apabila diteliti semula pada seksyen 15B (3) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, terdapat beberapa perkara yang boleh dikrititk dan dibahas mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Malaysia.
Antara lain yang diterangkan di dalam seksyen ini adalah peruntukan kepada Naib Canselor/Rektor yang mempunyai bidangkuasa hal ehwal pelajar mewakilkan kuasa tersebut kepada Timbalan Naib Canselor. Kemudian, membentuk Jawatankuasa Tatatertib/Pihak Berkuasa TatatertibUniversiti. Kuasa yang digagaskan oleh AUKU untuk Jawatankuasa ini amat luas meliputi kuasa menyiasat, menjalankan pendakwaan, mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang di pertuduh didapati bersalah.
Pelajar- pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut tidak akan ada jaminan untuk mendapat perbicaraan yang adil. Ini adalah kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri daripada orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukan oleh undang-undang. Ini bermakna kebarangkalian berlaku penindasan dan keputusan yang berat sebelah adalah tidak mustahil. Hal ini jelas sekali bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persukutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undan-undang. Selain itu, hal ini juga amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semulajadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah dan tribunal.
Di samping itu, AUKU memepunyai unsur diskriminasi yang sangat ketara. Jika dikaji seksyen-seksyen di dalam AUKU secara mendalam, didapati tiada sebarang provisi pun yang memperuntukkan hak kepada pelajar yang didakwa untuk mendapatkan khidmat Peguambela atau Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan kakitangan universiti termasuk pensyarah yang didakwa atas satu pertuduhan tatatertib dibenarkan untuk diwakili oleh peguam. Ini jelas membuktikan ketidakadilan AUKU dan sama sekali bercanggah dengan perkara 8 (1),(2), (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan yang secara rumusnya tidak membenarkan diskriminasi dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
Manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
Selain daripada itu, seksyen 15 AUKU 1971 bersalahan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Merujuk kepada syeksen 15 (1) dan (2) AUKU yang tidak membenarkan setiap pelajar di universiti atau kolej universiti menyertai mana-mana parti politik ataupun kesatuan sekerja atau pertububahan kecuali dengan kelulusan Naib Canselor. Seksyen ini jelas bertentangan dengan Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan kepada semua rakyat Malaysia untuk berpersatuan. Sesuatu perkara itu tidak lagi dikira sebagai bebas jika perlu meminta izin atau kelulusan daripada seseorang. Jika dilihat populasi mahasiswa di setiap universiti di seluruh negera, mereka kebanyakannya berusia 21 tahun ke atas. Mereka telah pun mencapai usia majoriti(age of majority) dan layak untuk mengundi seperti yang lain. Maka mereka perlu diberi hak kebebasan berpolitik dan berpersatuan sepertimana yang dinikmati oleh masyarakat umum.Oleh itu, ternyata di sini hak mahasiswa untuk berpersatuan atau berpolitik telah disekat oleh provisi yang terdapat di dalam akta ini.
Seterusnya, seksyen 15 (3) dan (4) AUKU 1971 pula tidak sejajar dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Provisi ini antara lain menyekat mahasiswa daripada menyatakan sokongan atau memberi simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau keatuan sekerja atau pertubuhan yang tidak diluluskan oleh pihak universiti. Sedangkan dalam Perkara 15(1)(a) Perlembagaan Persekutuan jelas membenarkan setiap warganegara berhak menyuarakan pendapat.
Manakala peruntukan dalam Syeksen 15D AUKU1971 pula menjadi ancaman utama kepada pelajar,terutamanya kepada pelajar universiti yang mengalami pertuduhan sebarang kesalahan jenayah untuk digantung pengajian dengan serta-merta sehingga kesnya selesai.Peruntukan ini ternyata jelas berlawanan dengan prinsip ”a man is innocent until proven guilty”kerana pelajar terbabit telahpun dihukum sedangkan kesalahannya belum dibutikan lagi.Syeksen 15D(2) pula memeruntukkan,jika mahkamah telah membuktikan pertuduhan yang dikenakan,pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah,akan diterima kembali menyambung pengajian.Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamh akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.Tempoh pengajian pelajar tenyata terjejas disebabkan perkara ini.Atas alasan inilah mahasiswa merasakan bahawa syeksen ini perlu dimansuhkan serta-merta.
Merujuk kepada Pelembagaan Persekutuan,Perkara 4 menyatakan bahawa perlembagaan ini adalah undang-undang tertinggi dalam Persekutuan dan menjadi undang-undang yang digunapakai dalam negara.Oleh itu,mana-mana perlembagaan yang bertentangan dengannya adalah tidak sah.Di sinilah terbukti relevan untuk memansuhkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Dan AUKU ternyata bertentangan dengan Perlembagan Persekutuan kerana jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Terdapat banyak percanggahan antara AUKU dan Perlembagaan Persekutuan menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa AUKU tidak relevan kepada Perlembagaan Persekutuan, sekaligus menggambarlan terdapat kelompongan dalam sistem undang-undang di Malaysia. Seharusnya sebagai sebuah negara yang sudah 50 Tahun merdeka, kebebasan kita tidak sepatutnya disekat. Seolah-olah kita masih lagi terjajah dalam negara sendiri dan tidak bebas bertindak sebagai seorang rakyat yang merdeka.
Golongan cerdik pandai mahasiswa yang memperjuangkan agar AUKU ini dimansuhkan bermatlamat untuk membina ruang bagi kelompok mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin masa depan ini bersifat global, berfikir secara intelektual,bersikap lebih berani dan proaktif serta masak dengan perjalanan negara.Kelompok mahasiswa yang memperjuangkan pemansuhan ini sebenarnya telah menyahut seruan untuk membangunkan modal insan di kalangan pemuda negara.
Filed under: Catatan Aktivis | Leave a Comment »
Filed under: Aktiviti | Leave a Comment »
Oleh : Shazni Munir
Dalam orientasi penggubalan suatu rang undang-undang, ada satu istilah yang dipanggil ‘mala fide’ yang merujuk kepada penciptaan suatu undang-undang dengan niat yang & tujuan yang buruk. Jelas melalui penelitian ahli umdang-undang, AUKU digubal atas suatu keadaan yang bersamaan dengan keadaan di atas. Buktinya, AUKU digubal sebaik sahaja berlaku bantahan demi bantahan dari mahasiswa ekoran kelemahan yang ketara sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei sewaktu Malaysia di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra (kini Allayarham) pada waktu tersebut. Rentetan itu, pada tahun 1971, rang undang-undang ini telah dibawa ke parlimen & diluluskan pelaksanaannya. Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1975, Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) yang memegang portfolio Menteri Pelajaran pada waktu tersebut, telah mengusulkan pindaan terhadap AUKU di parlimen & pindaan itu diluluskan walaupun jelas melalui pindaan ini, hak mahasiswa sebagai warganegara langsung terbunuh.
Penulis tertarik untuk memetik beberapa kenyataan Sdr Jabdin Juhat dalam artikelnya, “AUKU Tidak Mungkin Melemahkan Pemimpin Mahasiswa”. Pada peringkat awal, penulis sangat-sangat bersetuju kepada saranan yang beliau lontarkan agar pembawaan mahasiswa & gerakan mahasiswa harus bersifat ‘genuine’, iaitu tidak condong kepada mana-mana parti, sehingga sampai pada satu peringkat, mahasiswa bebas untuk mengkritik & menegur mana-mana pihak tanpa bersikap bias. Walau bagaimanapun, penulis sangat kecewa apabila beliau mengambil pendekatan untuk membela AUKU ini pada akhir artikel dengan alasan, AUKU ini sah penggunaannya & selari dengan perlembagaan.
Penulis merasakan bahawa kenyataan Sdr Jabdin ini bersifat semberono & terburu-buru. Penulis mengatakan sedemikian kerana pada hemat penulis Sdr Jabdin tidak meneliti secara cermat & menyeluruh kesemua kandungan AUKU tersebut. Mungkin juga Sdr Jabdin tidak perasan terdapatnya seksyen-seksyen di dalam AUKU sendiri yang bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebelum pergi lebih jauh, sukalah penulis ingatkan bahawa perjuangan memansuhkan AUKU ini bukanlah semata-mata untuk menghidupkan kembali gerakan mahasiswa yang telah lama terkubur mati. Jika itulah tujuannya, dari satu segi yang lain, AUKU secara hakikatnya telah ‘berjaya melahirkan’ aktivis-aktivis mahasiswa yang berani & cekal dengan mengambil sisi perjuangan untuk melanggar & melawan AUKU. Bahkan lebih jauh, perjuangan untuk memansukan AUKU ini adalah suatu usaha yang konsisten untuk mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan tunjang perundangan negara.
Di sini penulis nyatakan serba ringkas akan kandungan AUKU yang secara jelas telah membontotkan Perlembagaan Malaysia. Pada Seksyen 15D (1) iaitu:-
“Jika seseorang pelajar universiti dipertuduhkan atas suatu jenayah maka ia hendaklah dengan itu serta-merta digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus universiti itu atau kampus mana-mana universiti lain.”
Jelas di sini bahawa AUKU telah menjatuhkan hukuman kepada seseorang sebelum perbicaraan lagi. Dan seksyen ini telah membelakangkan hak kebebasan diri yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kepada semua warganegara dalam Perkara 5 iaitu pada kaedah asasnya setiap warganegara adalah tidak bersalah sehingga dirinya benar-benar dibuktikan bersalah.
Sebenarnya terdapat banyak lagi aspek hak-hak kemanusiaan yang dinafikan di dalam AUKU ini. Bahkan antara percaya atau tidak, terdapat larangan secara jelas kepada mana-mana persatuan, untuk tidak memiliki alat pembesar suara!! Sukalah penulis ingin menanyakan sesuatu kepada Sdr Jabdin, “Adakah penggunaan alat pembesar suara seperti healer mengancam keselamatan & menggugat keharmonian negara ini???”
Oleh yang demikian, penulis menyeru kepada Sdr Jabdin & rakan-rakan di luar sana agar tidak bersikap terlalu ‘lembut hati’ dengan AUKU ini. Penulis kira adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia untuk menolak sebarang bentuk undang-undang yang bercanggah & tidak selari dengan semangat perlembagaan ini.
Filed under: Catatan Aktivis | Leave a Comment »
Keadaan ini berterusan sehinggalah negara Malaysia pada hari ini telah ‘berjaya’ menelurkan generasi mahasiswa yang bermentaliti untuk tidak ambil peduli kepada kesusahan & masalah masyarakat sekeliling, apatah lagi untuk menjadi pembela kepada rakyat jelata dalam hal-hal yang berbentuk penindasan & kezalliman. Ilmu-ilmu yang dipelajari di dewan-dewan kuliah sekadar menjadi tiket untuk lulus peperiksaan, dan langsung tidak berperanan dalam membentuk paradigma mereka untuk menjadi kelompok yang cukup kritikal dalam berhadapan dengan kebobrokan di sekeliling mereka.
Bahkan kalau adapun di kalangan mahasiswa ini yang sedar & ada daya sensitiviti terhadap kejelikan yang membadai dalam masyarakat khususnya yang berpunca dari dasar-dasar yang dibuat oleh pemerintah atau sesiapa sahaja, ianya hanya terbatas kepada ‘cakap-cakap kedai kopi’ dan tiada tindakan yang progresif untuk menangani masalah tersebut, Sebabnya hanyalah satu, ketakutan yang terlalu membabi-buta terhadap AUKU, tanpa menyelidiki apa sebenarnya AUKU ini.
Sukalah di sini untuk dinyatakan bahawa AUKU & Tribunal Universiti merupakan 2 elemen rimba yang secara terang-terangan telah membontotkan Perlembagaan Persekutuan sendiri. Sebagai contoh, antara penganiayaan yang melampau yang terdapat pada AUKU ialah pada Seksyen 15D (1) menyatakan bahawa:-
“Jika seseorang pelajar universiti dipertuduhkan atas suatu jenayah maka ia hendaklah dengan itu serta-merta digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus universiti itu atau kampus mana-mana universiti lain.”
Jelas di sini bahawa AUKU telah menjatuhkan hukuman kepada seseorang sebelum perbicaraan lagi. Dan seksyen ini telah membelakangkan hak kebebasan diri yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kepada semua warganegara dalam Perkara 5 iaitu pada kaedah asasnya setiap warganegara adalah tidak bersalah sehingga dirinya benar-benar dibuktikan bersalah.
Lantas mahasiswa sepatutnya tidak perlu berasa gentar apatah lagi berasa terancam dengan undang-undang yang bersifat kebudak-budakan ini kerana secara asasnya hak-hak mereka sangat terjamin di bawah perlembagaan. Oleh yang demikian, tiada resolusi yang lebih tepat untuk akta yang mengarut ini melainkan ianya DIMANSUHKAN DENGAN SEGERA dan dibuang terus daripada kitab perundangan negara.

Kita yakin dan percaya, mahasiswa bukanlah golongan penjenayah yang mesti dilayan secara biadab dan kurang ajar. Bahkan jauh lebih itu, mahasiswalah golongan yang diharap-harapkan untuk menentukan halatuju negara pada masa akan datang. Justeru, layanlah mahasiswa sebagai kelompok yang ada idealismenya yang tersendiri, yang secara pembawaannya bebas daripada sebarang kepentingan politik dan laba keuntungan material.
Oleh yang demikian, biarkanlah mahasiswa bebas,sebebas burung yang berterbangan di langit tinggi. Juga biarkanlah mahasiswa lantang bersuara, kerana kelantangan itu pastinya untuk kepentingan negara yang disayangi ini. Ironisnya, andai mahu melihat generasi akan datang tampil dengan gaya seorang pemimpin yang berjiwa reformis, kita masih berpeluang. Dan peluang itu hanya akan terbuka jika AUKU ini ‘DITAMATKAN PERKHIDMATANNYA’.
Filed under: Catatan Aktivis | Leave a Comment »