Laporan Pemerhati PBB : M’sia Belanja Besar Untuk Pendidikan Tapi Ketinggalan Dalam Aspek Hak

Malaysia merupakan antara negara yang membuat pelaburan besar dalam pendidikan, namun banyak yang masih perlu dilakukan dari segi hak asasi manusia dalam sistem pendidikan negara, kata pelapor khas Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai hak pendidikan, Vernor Villalobos.Dalam lawatan rasmi ke Malaysia sejak semalam, Villalobos berkata beliau mendapati pembangunan ekonomi yang dilaksanakan Malaysia tidak seiring dengan pembangunan dalam bidang perundangan dan institusi hak asasi manusia.

“Peruntukan bajet untuk pendidikan tidak dapat disaingi negara lain, terutama banyak sumber yang disalurkan untuknya dan saya suka berkongsi maklumat ini dengan negara lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata perspektif terhadap hak asasi manusia yang dapat melahirkan model warga negara yang komited kepada pemahaman dan merealisasikan hak asasi manusia di negara ini, masih ketinggalan.

Beliau berkata matlamat kerajaan untuk mencapai pendidikan berkelas dunia tidak akan tercapai kecuali institusi pendidikan diperkukuhkan bagi membolehkan hak asasi manusia menjadi aliran utama.

Oleh itu beliau mencadangkan kerajaan supaya mengesahkan Konvensyen Antarabangsa bagi Ekonomi, Hak Politik dan Sivil.

Vilalobos terkejut mendapati Artikel 15 dan 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 menyekat hak kebebasan berpersatuan dan bersuara serta hak politik dan sivil lain dalam kalangan pelajar.

Menurutnya beliau memahami rasional dan sejarah mengapa tindak itu dilakukan, namun ia perlu dimansuhkan memandangkan peruntukkan itu bertentangan dengan hak asasi manusia.

Dasar bagi menjana kesaksamaan peluang dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini Bumiputera, Cina dan India, juga perlu dilaksanakan, katanya.

Villalobos berkata “Sebagai contoh, badan bukan kerajaan (NGO) melaporkan wujud jurang mengenai jumlah sekolah untuk masyarakat Cina meskipun pada hakikatnya bilangan penduduk kaum itu semakin meningkat sejak sedekad lepas.

Beliau berkata Orang Asli di Malaysia juga menghadapi kesukaran untuk merealisasikan hak mereka untuk mendapat pendidikan, seperti komuniti Iban yang mengalami kadar keciciran yang sangat tinggi.

Oleh itu beliau berkata Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan sebuah badan bagi memenuhi kehendak Orang Asli ini yang tidak dapat bersaing untuk mendapat akses kepada pelajaran tinggi, dan pusat pendidikan yang disediakan untuk mereka juga tidak mencukupi dari segi jumlah dan kualiti.

Kementerian atau mana-mana pihak berkuasa yang cekap juga perlu menilai pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris untuk mengambil tindakan sesuai dalam menyokong kaedah pengajarannya, kata Villalobos.

Sekalipun mengakui pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sebagai langkah positif, beliau berkata pelajar dan guru terutama dari kawasan luar bandar menghadapi masalah kerana penguasan bahasa itu tidak mencukupi selain kaedahnya menjejaskan pembangunan kognitif kanak-kanak.

Beliau juga berkata beribu-ribu kanak-kanak warga asing yang tidak mempunyai dokumen di negara ini tidak mendapat hak untuk belajar, hak yang kerajaan Malaysia sendiri komited semasa menandatangani Konvensyen mengenai Hak Asasi Kanak-kanak.

Villalobos berkata hukuman mendera juga masih menjadi amalan di Malaysia sedangkan amalan itu perlu dibasmi kerana ia ditegah oleh konvensyen mengenai hak asasi kanak-kanak.

Meskipun kurangnya penekanan terhadap hak asasi, Villalobos yakin Malaysia mempunyai sumber-sumber untuk memberi respons secara yang kreatif dan komprehensif terhadap perubahan yang dihadapi.

Beliau berkata kepelbagaian penduduk merupakan aset utama yang dimilikinya untuk menjana amalan pendidikan yang baik, manakala tradisi sejarahnya, wawasan masa depan dan kepelbagaian budayanya mampu menjadi hubungan penting antara Barat dan Timur yang juga akan menyumbang kepada pembangunan serantau.

Semasa melawat Kuala Lumpur, Kota Bharu (Kelantan), Kuching (Sarawak), Villalobos mengadakan 40 mesyuarat dan berinteraksi dengan 150 orang yang mewakili pegawai kerajaan, guru, pelajar, ibu bapa kesatuan sekerja dan NGO serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Villalobos bagaimanapun terkilan kerana tidak dapat bertemu Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed.

Bagaimanapun beliau berkata ketua setiausaha kementerian pelajaran memberi kerjasama yang baik kepadanya semasa lawatan itu.

Villalobos yang berasal dari Costa Rica dilantik sebagai pelapor pada Julai 2004, menggantikan Kementerian Tomasevski dari Croatia.

Menurutnya beliau akan membentangkan hasil lawatannya ke Malaysia pada mesyuarat Hak Asasi tahun depan.

Malaysia merupakan antara negara yang membuat pelaburan besar dalam pendidikan, namun banyak yang masih perlu dilakukan dari segi hak asasi manusia dalam sistem pendidikan negara, kata pelapor khas Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai hak pendidikan, Vernor Villalobos.

Dalam lawatan rasmi ke Malaysia sejak semalam, Villalobos berkata beliau mendapati pembangunan ekonomi yang dilaksanakan Malaysia tidak seiring dengan pembangunan dalam bidang perundangan dan institusi hak asasi manusia.

“Peruntukan bajet untuk pendidikan tidak dapat disaingi negara lain, terutama banyak sumber yang disalurkan untuknya dan saya suka berkongsi maklumat ini dengan negara lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata perspektif terhadap hak asasi manusia yang dapat melahirkan model warga negara yang komited kepada pemahaman dan merealisasikan hak asasi manusia di negara ini, masih ketinggalan.

Beliau berkata matlamat kerajaan untuk mencapai pendidikan berkelas dunia tidak akan tercapai kecuali institusi pendidikan diperkukuhkan bagi membolehkan hak asasi manusia menjadi aliran utama.

Oleh itu beliau mencadangkan kerajaan supaya mengesahkan Konvensyen Antarabangsa bagi Ekonomi, Hak Politik dan Sivil.

Vilalobos terkejut mendapati Artikel 15 dan 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 menyekat hak kebebasan berpersatuan dan bersuara serta hak politik dan sivil lain dalam kalangan pelajar.

Menurutnya beliau memahami rasional dan sejarah mengapa tindak itu dilakukan, namun ia perlu dimansuhkan memandangkan peruntukkan itu bertentangan dengan hak asasi manusia.

Dasar bagi menjana kesaksamaan peluang dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini — Bumiputera, Cina dan India, juga perlu dilaksanakan, katanya.

Villalobos berkata: “Sebagai contoh, badan bukan kerajaan (NGO) melaporkan wujud jurang mengenai jumlah sekolah untuk masyarakat Cina meskipun pada hakikatnya bilangan penduduk kaum itu semakin meningkat sejak sedekad lepas.

Beliau berkata Orang Asli di Malaysia juga menghadapi kesukaran untuk merealisasikan hak mereka untuk mendapat pendidikan, seperti komuniti Iban yang mengalami kadar keciciran yang sangat tinggi.

Oleh itu beliau berkata Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan sebuah badan bagi memenuhi kehendak Orang Asli ini yang tidak dapat bersaing untuk mendapat akses kepada pelajaran tinggi, dan pusat pendidikan yang disediakan untuk mereka juga tidak mencukupi dari segi jumlah dan kualiti.

Kementerian atau mana-mana pihak berkuasa yang cekap juga perlu menilai pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris untuk mengambil tindakan sesuai dalam menyokong kaedah pengajarannya, kata Villalobos.

Sekalipun mengakui pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sebagai langkah positif, beliau berkata pelajar dan guru terutama dari kawasan luar bandar menghadapi masalah kerana penguasan bahasa itu tidak mencukupi selain kaedahnya menjejaskan pembangunan kognitif kanak-kanak.

Beliau juga berkata beribu-ribu kanak-kanak warga asing yang tidak mempunyai dokumen di negara ini tidak mendapat hak untuk belajar, hak yang kerajaan Malaysia sendiri komited semasa menandatangani Konvensyen mengenai Hak Asasi Kanak-kanak.

Villalobos berkata hukuman mendera juga masih menjadi amalan di Malaysia sedangkan amalan itu perlu dibasmi kerana ia ditegah oleh konvensyen mengenai hak asasi kanak-kanak.

Meskipun kurangnya penekanan terhadap hak asasi, Villalobos yakin Malaysia mempunyai sumber-sumber untuk memberi respons secara yang kreatif dan komprehensif terhadap perubahan yang dihadapi.

Beliau berkata kepelbagaian penduduk merupakan aset utama yang dimilikinya untuk menjana amalan pendidikan yang baik, manakala tradisi sejarahnya, wawasan masa depan dan kepelbagaian budayanya mampu menjadi hubungan penting antara Barat dan Timur yang juga akan menyumbang kepada pembangunan serantau.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: