PETISION MEMANSUHKAN AKUJANJI UNIVERSITI

Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bangunan Perdana Putra
622502 Putrajaya, Malaysia

1hb Ogos 2007

Yang Amat Berhormat,

PETISI MEMANSUHKAN AKUJANJI UNIVERSITI

Dengan hormatnya kami sertakan bersama ini sebuah petisi yang diendos (ditandatangani) oleh ahli-ahli akademik yang lalu dan yang masih berkhidmat, dan juga badan-badan NGO.

Kami semua mengenalpasti Akujanji Universiti sebagai suatu halangan besar kepada perkembangan sihat universiti-universiti. Oleh itu kami mendesak supaya ianya segera dimansuhkan.

Akujanji untuk mengaku taat setia kepada Kerajaan bukan saja menimbulkan budaya takut, pasif dan fikiran tidak kritikal, bahkan juga ia menghakis hak asasi untuk berpersatuan dan menyuarakan pendapat dengan bebas, yang sangat penting dilindungi serta diperluas demi kemajuan negara kita.

Kami berharap Kerajaan akan mengatasi kepentingan diri serta politik yang sempit dan mengambil langkah sewajarnya untuk memansuhkan Akujanji ini. Kegagalan melakukannya melemahkan lagi kebolehan serta kesediaan masyarakat akademik kita untuk melibatkan diri dalam bidang pemikiran serta keilmuan yang boleh membina  sebuah negara yang kuat inteleknya serta progresif.

Kami berharap pihak YAB dapat memberikan perhatian dan tindakan sewajarnya agar Akujanji Universiti segera dimansuhkan.

Yang benar.
Dr Syed Husin Ali
Dr Lim Teck Ghee

(Tiada tanda tangan di sini kerana surat ini dikirim dengan emel. Terima kasih)

Petisi dan Pengendos di bawah:

PETISI UNTUK PEMANSUHAN AKUJANJI UNIVERSITI

Kami, yang bertanda tangan di bawah � bekas kakitangan universiti, kakitangan universiti yang masih berkhidmat (yang tidak dapat dimasukkan nama-nama mereka di sini oleh kerana bimbangkan tekanan pihak berkuasa) dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil � menggesa Kerajaan agar memansuhkan Akujanji dengan segera.

Keperluan menyatakan kesetiaan kepada Kerajaan � yang terdapat hanya dalam beberapa sistem universiti yang menekan dalam dunia � mencekik kebebasan akademik dalam negeri kita secara yang tidak pernah berlaku. Ia juga menimbulkan budaya takut, pasif dan fikiran tidak kritikal di kampus, yang membelenggu perkembangan universiti-universiti kita dan peningkatan mutu pengajaran serta keilmuan.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan, termasuk Perdana Menteri, menyeru universiti-universiti supaya menyambut cabaran menaikkan tarafnya dan menghasilkan pengajaran serta penyelidikan berkualiti yang boleh membantu bangsa kita mencapai matlamat 2020, termasuk matlamat mencapai masyarakat yang matang, liberal, saintifik serta progresif. Akujanji merupakan penghalang besar bagi universiti-universiti kita bangkit menyambut cabaran ini.

Sehubungan ini kami menggesa Kerajaan mengambil balik Dr Azly Rahman, Dr Mutiara Mohamad dan ahli akademik lain yang telah dibuang kerja akibat menentang Akujanji. Begitu juga, kes-kes mereka yang menanggung derita dalam kemajuan karya mereka akibat Akujanji hendaklah dikaji semula dan diberikan keadilan serta pembelaan. Mereka  semacam dipenjara kerana kepercayaan mereka dan diperlakukan secara tidak adil.

Penyingkiran mereka merupakan titik hitam ke atas masyarakat akademik dan sistem serta nilai demokratik kita.

Keprihatinan kami ini bukanlah kali pertama disuarakan � banyak pertubuhan kakitangan akademik dan ramai individu yang prihatin telah bersuara dalam masa tiga tahun lalu dan mendesak supaya Akujanji dihapuskan kerana ia juga bertentangan dengan hak asasi serta kebebasan untuk berpersatuan dan bersuara. Kami berharap petisi ini akan menjadi langkah terakhir terhadap isu ini.

Kami merasakan perkara ini besar, bukan saja untuk kepentingan serta keprihatinan akademik, bahkan untuk kepentingan negara seluruhnya. Kami menyeru supaya Kerajaan memberikan sambutan secara adil serta bijak dan meletakkan kepentingan universiti serta negara di atas kepentingan politik parti. Pemansuhan Akujanji ini langkah amat mustahak bagi menjamin hak asasi agar kebebasan berpersatuan dan bersuara tidak akan terhakis lagi dan ahli-ahli akademik kita dapat memainkan peranan yang hak untuk membantu bangsa kita maju ke hadapan.

SENARAI PENGENDOS

Petisi Untuk Pemansuhan Akujanji Universiti: Senarai Pengendos

Kakitangan Universiti Awam Yang Lepas dan Masih Berkhidmat (mengikut abjad)
Dr Abdul Aziz Bari – Professor, Universiti Islam
Antarabangsa
Dr C.E.R. Abraham, Former Associate Professor
Universiti Sains Malaysia
Drs Abu Bakar A. Hamid
Former Professor and Deputy Vice Chancellor,
University of Malaya
Dr. Agoes Salim, Former Deputy Chairman, Universiti
Kebangsaan Malaysia Council

Ahmad Mustapha. Former Student Leader, University of
Malaya, Singapore
Dr. Azmi Sharom, Associate Professor, University of
Malaya
Dr. Sharon A. Bong, Former Lecturer, University of
Malaya
Dr. Cheah Boon Kheng, Former Professor, Universiti
Sains Malaysia
Dr. Chee Heng Leng, Former Associate Professor,
Universiti Putra Malaysia
Dr. Stephen Chee, Former Professor, University of
Malaya
Dr. Farish Noor, Former Lecturer, University of Malaya

Dr. Alberto Gomes, Former Lecturer, University of
Malaya
Dr. Terence Gomez, Associate Professor, University of
Malaya
Dr. Toby Huff, Former Visiting Professor, University
of Malaya
Philip Koh Tong Ngee, Former Lecturer, University of
Malaya
Dr. Khoo Boo Teik, Associate Professor, Universiti
Sains Malaysia
Khoo Khay Jin, Former Lecturer, Universiti Sains
Malaysia
Dr. Cassey Lee, Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Patricia A. Martinez, Former Associate Professor,
University of Malaya
Dr. Maznah Mohamad, Former Associate Professor,
Universiti Sains Malaysia
Dr. Mohamed Aslam Haneef, Lecturer, International
Islamic University Malaysia
Dr. Lim Lin Lean, Former Associate Professor,
University of Malaya
Dr. Lim Teck Ghee, Former Professor, University of
Malaya
Dr. Shirley Lim, Former Visiting Lecturer, Universiti
Sains Malaysia
Dr. Francis Loh Kok Wah , Professor, Universiti Sains
Malaysia
Dr. Loh Wei Leng , Former Professor, University of
Malaya
Dr. Neoh Soon Kean , Former Lecturer, Universiti Sains
Malaysia
Dr. Ng Choon Sim , Former Associate Professor,
Universiti Putra Malaysia
Nur Barizah Abu Bakar, Lecturer, International Islamic
University Malaysia
Othman Sulaiman, Universiti Sains Malaysia
Dr. Mavis Puthucheary, Former Associate Professor,
University of Malaya
Dr M. K. Rajakumar, Former Member of University of
Malaya Council.
Dr. P. Ramasamy , Former Professor, Universiti
Kebangsaan Malaysia
Dr. Rosli Omar, Associate Professor, University of
Malaya
Dr. Johan Saravanamuttu, Former Professor, Universiti
Sains Malaysia
Dr. Syed Husin Ali, Former Professor, University of
Malaya
Dr. Toh Kin Woon, Former Associate Professor,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tunku Shamsul Bahrin , Former Professor, University of
Malaya
Dr.Wan Abdul Manan Wan Muda, Professor, Universiti
Sains Malaysia
Wong Chin Huat, Associate Research Fellow, Universiti
Kebangsaan Malaysia
Dr. Diana Wong, Former Associate Professor, Universiti
Kebangsaan Malaysia
Zaharom Nain, Associate Professor, Universiti Sains
Malaysia

—————-

NGO-NGO YANG ENDOS
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
ALIRAN
All Petaling Jaya Pro-Action Committee (APPAC)
All Women’s Action Society (AWAM)
Centre for Independent Journalism
Civil Rights Committee of Kuala Lumpur and Selangor
Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
Community Development Centre (CRC)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
Gabungan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah China Negeri
Sembilan
Group of Concerned Citizens (GCC)
Institut Analisis Masyarkat (INSAN)
Institut Kajian Dasar (IKD)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i, UKM
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
Komunite Seni Jalan Telawi
LLG Cultural Development Centre
Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
Malaysian Voters Union (MALVU)
Middle Eastern Graduate Society
Monitoring Sustainability of Globalization (MSN)
National Human Rights Society (HAKAM)
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
Open Dialogue Center
Penang Watch
Pegerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
Persatuan Alumni PBTUSM (Lihua)
Persatuan Kakitangan Academik Universiti Malaya
(PKAUM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Pertubuhan Pembangunan Insani Malaysia (INSANI)
Pusat Janadaya (EMPOWER)
Research for Social Advancement (REFSA)
Sisters in Islam
Save Ourselves (SOS)
Save Our School Damansara Committee (SOS-Damansara)
Selangor Hokkien Youth Section
Solidarity Mahasiswa Malaysia (SMM)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
United Chinese School Committees’ Association of
Malaysia.(Dong Zong)
United Chinese School Teachers’ Association of
Malaysia (Jiao Zong)
Universiti Malaya Association of New Youth (UMANY)
Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)
Youth for Change
Youth Section of Malacca Chinese Assembly Hall
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2007

Nota: Selain nama-nama yang tersenara di atas, mereka
yang mengendos termasuk ramai kakitangan akademik yang
masih berkhidmat di universiti-universiti awam, dan
juga beberapa orang yang sedang mengambil cuti
sabatikal dan melanjutkan pelajaran di luar negara.
Mereka menyatakan sokongan tetapi meminta nama mereka
tidak diterbitkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: