PILAHANRAYA KAMPUS : DEMONTRASI YANG PUDAR

<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Cambria Math”; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:1; mso-generic-font-family:roman; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:0 0 0 0 0 0;} @font-face {font-family:Calibri; panose-1:2 15 5 2 2 2 4 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1073750139 0 0 159 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:””; margin-top:0in; margin-right:0in; margin-bottom:10.0pt; margin-left:0in; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:”Calibri”,”sans-serif”; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:”Times New Roman”; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} p {mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-margin-top-alt:auto; margin-right:0in; mso-margin-bottom-alt:auto; margin-left:0in; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”,”serif”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} tt {mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; font-family:”Courier New”; mso-ascii-font-family:”Courier New”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”; mso-hansi-font-family:”Courier New”; mso-bidi-font-family:”Courier New”;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:”Times New Roman”; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} .MsoPapDefault {mso-style-type:export-only; margin-bottom:10.0pt; line-height:115%;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.0in 1.0in 1.0in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin-top:0in;
mso-para-margin-right:0in;
mso-para-margin-bottom:10.0pt;
mso-para-margin-left:0in;
line-height:115%;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:”Calibri”,”sans-serif”;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;
mso-fareast-theme-font:minor-fareast;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;}

Oleh : ZULZAIDI BIN MAHMOD,

Bahang Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa kian terasa kepanasan dan kehangatan. Pemilihan Perwakilan Mahasiswa atau lebih dikenali sebagai Pilihanraya Kampus merupakan wadah untuk mahasiswa menggilap bakat kepimpinan disamping membentuk acuan politik mereka yang tersendiri. Beberapa IPT seperti UPSI, UMK, UUM, UMT dan UMP telah selesaikan menjalankan proses pelihanraya kampus tersebut namun apa yang dikesalkan tidak wujud persaingan yang sengit di IPT-IPT berkenan sehinggakan ramai calon-calon yang menang tanpa bertanding. Hal ini menunjukkan mahasiswa masih memandang enteng terhadap politik kampus yang mampu membentuk sahsiah dan keperibadian secara tidak langsung meningkatkan nilai kepimpinan yang sebenar.

Sekiranya kita menelusuri rentetan sejarah perjuangan gerakan mahasiswa suatu ketika dahulu, sudah tentu terdapat banyak perbezaaan yang ketara. Mahasiswa sememangnya pada ketika dahulu diasah untuk menjadi individu yang berani, bermasyarakat serta mepunyai idealisme yang tinggi, justeru tidak hairanlah jika meraka digelar sebagai juru bicara masyarakat. Perjuangan mereka ini telah mencapai kemuncaknya pada 3 Disember 1974 apabila mahasiswa bangkit memperjuangkan isu rakyat yang ditindas dengan kemiskinan, kelaparan dan penyelewengan yang berlaku dalam negara. Peristiwa ini yang dikenali sebagai Demontrasi Baling menyedarkan bahawa perjuangan mahasiswa bukanlah sekadar  di bilik-bilik kuliah bahkan melampaui isu-isu rakyat, masyarakat dan nasional. Rentetan daripada peristiwa tersebut maka lahirlah tokoh-tokoh berwibawa yang membarisi kepimpinan politik negara seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang, Dato’ Paduka Ibrahim Ali danTan Sri Sanusi Junid. Lantaran daripada perjuangan mereka ini maka lahir lebih ramai lagi tokoh-tokoh politik negara seperti Dato’ Paduka Husam Musa, Datuk Ahmad Saberi Cheek, Datuk Dr Puad Zarkasi dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Pada masa kini gerakan mahasiswa mula hilang taring seperti seakan-akan tidak berani memperjuangkan nasib rakyat, masyarakat dan nasional. Isu gelaja sosial  yang membabitkan mahasiswa lebih memperkukuhkan lagi nilai-nilai budaya hedonisme yang merantai kehidupan mereka sehinggakan tiada lagi kedengaran pekikan-pekikan suara memperjuangkan isu rakyat apatah lagi isu kampus. Dalam buku Quran Saintifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin meletakkan takrifan hedonisme daripada The Columbia Encyclopedia, Edisi ke-6 sebagai:

“The doctrine that holds that pleasure is the highest good”

[Satu doktrin yang menekankan keseronokan adalah kemuncak kepada kebaikan.]

Maka tidak hairanlah mahasiswa mula menekankkan keseronokan melampau daripada pembudayaan ilmu dalam meningkatkan intelektual dan jati diri mereka. Ini juga dapat dilihat apabila suasana Pilihanraya kampus pada masa kini seakan-akan muram dan suram di setiap IPT dan yang jelasnya adalah konsert-konsert yang kononnya membawa mesej amal dan aman yang pada hakikatnya diselimuti oleh hodenisme.

Mengkoreksi pilihanraya kampus di UPSI contohnya keseluruhan mahasiswa yang turun mengundi mencecah 7339 orang iaitu 61.15% daripada jumlah yang layak mengundi iaitu 12001 orang. Ini mengukuhkan lagi bahawa mahasiswa tidak berminat untuk melibatkan diri dalam pemilihan majlis perwakilan mahasiswa dan tidak mustahil perkara sebegini berlaku dalam pilihanraya umum negara yang mampu melemahkan demokrasi negara apatah lagi demikrasi kampus. Itu baru di UPSI, manakala IPT yang lain tidak dengar riuh rendah suasana Pilihanraya Kampus ini kecuali jamuan Raya yang mendominasi.

Sebelum pilihanraya kampus berlangsung pada 10 Oktober 2008 seramai 400 mahasiswa telah berhimpun di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pendemokrasian pilihanraya kampus, sistem e-voting, dan tarikh pilihanraya kampus di seluruh IPT dengan membawa memorandum untuk diberikan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Laungkan slogan ”Student Power” ini telah menggegarkan suasana sehingga pihak KPT akur untuk menerima Memorandum tersebut walaupun bukan di atas  tangan pihak menteri sendiri. Penyerahan memerandum itu juga telah dicemari dengan provokasi pihak polis apabila dengan sengaja mencetuskan suasana tegang sepanjang penyerahan memorandum tersebut berlangsung. Pihak KPT sendiri yang diwakili Pegawai Khas menteri iaitu Mohd. Arif Adenan telah menyatakan bahawa pihak KPT tidak berautoriti untuk memberikan tarikh pilihanraya kampus yang sebenar sedangkan pada tahun sebelum ini tarikh pilihanraya kampus telah diumumkan oleh pihak KPT sendiri dan perkara ini jelas menunjukkan bahawa pihak KPT tidak konsisten dalam melaksanakan amanah rakyat dan mahasiswa. Bukan sekadar itu sahaja persoalan yang diajukan oleh mahasiswa kepada Pegawai Khas menteri tidak dapat dijawab dengan jelas seperti demokrasi kampus dan sistem e-voting.

Tidak terhenti setakat itu sahaja gerakan mahasiswa abad moden di Malaysia dengan berbagai nama seperti Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Anak Muda Islam se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARSIMA), DEMA, Gerakan Bertindak Mahasiswa Utara (GBMU), Gerakan Mahasiswa Anti-Korupsi (GERAK Mahasiswa), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Parti Mahasiswa Negara (PMN) dan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) berkumpul di UKM bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi sendiri. Peristiwa tersebut mendapat liputan yang cukup luas kerana pihak pengawal keselamatan UKM bertindak kasar terhadap mahasiswa. Tuntutan yang dibuat pada perhimpunan tersebut kepada Menteri Pengajian Tinggi adalah seperti mahukan pilihanraya kampus yang adil dan telus di setiap kampus dan bertanggungjawab ke atas sistem pemilihan yang korup.(e-voting), Memastikan setiap penyelewengan yang dilakukan tidak berulang , memberi arahan kepada setiap universiti agar menggugurkan dan tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas mahasiswa yang terlibat dalam kempen pilihanraya bersih dan adil, mengarahkan Kementerian Pengajian Tinggi dan semua universiti tempatan menghentikan penyelewengan hak kebebasan untuk berkumpul secara aman dan kebebasan bersuara ke atas mahasiswa dan yang terakhirnya adalah memansuhkan Akta University dan Kolej Universiti (AUKU).

Pilihanraya kampus pada kali ini seakan sebuah kubur lama yang ngeri dan sunyi, ini berikutan ketidakfahaman dan kurang pendedahan kepada mahasiswa yang ada di IPT betapa pentingnya sebuah Demokrasi Mahasiswa. Gerakan Pro Mahasiswa Nasional (PRO-M) dan Aspirasi seakan-akan dua gergasi yang saling bergaduh tanpa berpenghujung. Segala isu yang dibawa setiap tahun hampir sama iaitu menjaga kebajikan mahasiswa tetapi ada sebahagian mahasiswa meragui janji-janji manis mereka. Langkah bijak yang diambil oleh PRO-Mahasiswa Universiti Malaya menarik lagi minat mahasiswa apabila setiap hari khamis setiap minggu mahasiswa akan berkumpul sambil mendengar ucapan-ucapan dan juga pidato mahasiswa berkenaan dengan isu kampus dan nasional untuk dikongsi bersama. Langkah ini dilaksanakan apabila melihat bahawa mahasiswa perlu dilatih berani bersuara dan berpidato dikhalayak ramai dan ianya bermula di kampus. Ini juga tidak lari dari agenda KPT iaitu mahukan mahasiswa tampil dan bijak berkomunikasi. Jika dilihat daripada Debat Harga Minyak yang menampilkan tokoh negara iaitu Datuk Ahmad Saberi Cheek dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim jelas menunjukkan bahawa mahasiswa perlu berani menyatakan fakta dan data secara jelas dan tepat dalam sesuatu ucapan dan percakapan.

Berbalik kepada pengkoreksian kita pada pilihanraya kampus pada kali ini lengang dan sunyi, selaku mahasiswa perlulah berbalik kepada objektif asal dan piroriti utama kita datang ke Menara Gading. Semestinya akademik yang sepatutnya dikejar, tidak salah mahasiswa berpolitik kampus dengan cara tersendiri tetapi budaya ilmu seharusnya tidak ditinggalkan. Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim menyatakan pada satu temu bualnya dengan penulis beliau mengungkapkan rasa kecewanya apabila melihat budaya mahasiswa yang kurang berdaya saing dan berintelektual. Beliau menambah bahawa jika 30 tahun dahulu, suasana Universiti terutamanya Universiti Malaya seperti sebuah pesta ilmu yang mana terlampau banyak diskusi yang dianjurkan untuk menambahkan keintelektualan mahasiswa. Tetapi pada masa kini ia seakan-akan pupus dan ditelanjangkan gara-gara budaya ilmu yang kian pudar. Jika dahulu perhimpunan mahasiswa jelas menunjukkan mahasiswa benar-benar menghayati isu rakyat tetapi pada masa kini ia hanya  tinggal kenangan dan jika ada pun mahasiswa yang mahu tampil bersuara dikatakan sebagai pembangkang dan semestinya persepsi ini salah sama sekali. Muhamad Abu Bakar di dalam bukunya Mahasiswa Menggugat membuat kesimpulan bahawa perhimpunan dan perjuangan mahasiswa adalah berpunca “dari perasaan tidak puas hati terhadap sistem yang ada, kesedaran bahawa mereka boleh membuat pembelaanb terhadap masyarakat dan anggapan bahawa generasi mereka mempunyai peranan tersendiri dalam pembentukan zaman”.

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) pada hari ini seperti sebuah majlis ekslusif dan majlis makan angin. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Saudara Hafizuddin bin Abirerah menyatakan bahawa kebanyakan MPM hanya tahu pergi ke luar negara yang kononnya mahu mengharumkan nama Universiti dan membuat perhubungan dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa di Universiti luar, walhal hanya makan angin. Ini berlaku di sebuah Universiti tertua tanah Air yang mana MPM yang dilantik langsung tidak berkongsi sejauh mana pertalian dan perhubungan yang dijalin bagi mengharumkan nama universiti tersebut.

Pilihanraya kampus seharusnya berpaksi kepada demokrasi yang sebenar iaitu memperjuangkan isu mahasiswa, masyarakat dan nasional. Berpaksikan kepihatinan dan keadilan maka setiap mahasiswa haruslah menilai bahawa pilihanraya kampus bukanlah satu permainan tanpa wacana ilmu tetapi sebuah medan meningkatkan intelektual dan juga menggilap bakat kepemimpinan negara pada masa akan datang.

Semua pihak haruslah berperanan sama meningkatkan keprihatianan dalam kelemahan kesedaran terhadap pendemokrasian kampus ini, ini kerana jika kita tidak serius, mahasiswa yang bakal lahir tidak lebih dari “robot-robot manusia” yang langsung tidak mengerti matlamat hidup dan makna perjuangan serta jiwa nurani menjadi keras dan gersang.

Mahasiswa seharusnya sedar bahawa Pilihnaraya Kampus bukanlah hanya satu wadah memperjuangkan nasib mahasiswa, tetapi merupakan taman ilmu “garden of knowledge” yang menghubungkan antara idealisme, realisme, aktivisme dan intelektualisme peringkat mahasiswa. Mahasiswa seharusnya menilai diri masing-masing dan mencabar diri supaya lebih berdaya saing dan berilmu yang bukan hanya di lapangan kuliah tetapi di persada mahasiswa dan masyarakat. Jika kita dapat menggilap bakat mahasiswa pada hari ini supaya menjadi “the good leader of student” tidak mustahil untuk menjadi pemimpin negara yang hebat dan berintegriti pada masa hadapan. Maka wadah pilihanraya inilah perlu diambil peluang oleh mahasiswa untuk terus ke hadapan. Benar kata pujangga “Ilmu itu bukan hanya di buku, tapi diakal dan dirimu agar kamu gunakannya untuk menjadi pemimpin diri yang berani”.


RELEVANKAH AUKU MENURUT PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Oleh : Unit Penyelidikan GMMA

Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) sekarang ini mula dibangkitkan semula oleh segelintir mahasiswa yang sedar. Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) adalah himpunan segelintir mahasiswa yang memperjuangkan pemansuhan AUKU. Ini kerana AUKU sama sekali bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut kajian yang dibuat oleh kumpulan penyelidikan GMMA mendapati bahawa AUKU bercanggah dengan perkara 4,5, 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, turut menyalahi hak asasi manusia memandangkan Perkara-Perkara tersebut mengandungi peruntukan hak asasi manusia.

Apabila diteliti semula pada seksyen 15B (3) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, terdapat beberapa perkara yang boleh dikrititk dan dibahas mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Malaysia.

Antara lain yang diterangkan di dalam seksyen ini adalah peruntukan kepada Naib Canselor/Rektor yang mempunyai bidangkuasa hal ehwal pelajar mewakilkan kuasa tersebut kepada Timbalan Naib Canselor. Kemudian, membentuk Jawatankuasa Tatatertib/Pihak Berkuasa TatatertibUniversiti. Kuasa yang digagaskan oleh AUKU untuk Jawatankuasa ini amat luas meliputi kuasa menyiasat, menjalankan pendakwaan, mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang di pertuduh didapati bersalah.

Pelajar- pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut tidak akan ada jaminan untuk mendapat perbicaraan yang adil. Ini adalah kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri daripada orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukan oleh undang-undang. Ini bermakna kebarangkalian berlaku penindasan dan keputusan yang berat sebelah adalah tidak mustahil. Hal ini jelas sekali bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persukutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undan-undang. Selain itu, hal ini juga amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semulajadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah dan tribunal.

Di samping itu, AUKU memepunyai unsur diskriminasi yang sangat ketara. Jika dikaji seksyen-seksyen di dalam AUKU secara mendalam, didapati tiada sebarang provisi pun yang memperuntukkan hak kepada pelajar yang didakwa untuk mendapatkan khidmat Peguambela atau Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan kakitangan universiti termasuk pensyarah yang didakwa atas satu pertuduhan tatatertib dibenarkan untuk diwakili oleh peguam. Ini jelas membuktikan ketidakadilan AUKU dan sama sekali bercanggah dengan perkara 8 (1),(2), (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan yang secara rumusnya tidak membenarkan diskriminasi dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Selain daripada itu, seksyen 15 AUKU 1971 bersalahan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Merujuk kepada syeksen 15 (1) dan (2) AUKU yang tidak membenarkan setiap pelajar di universiti atau kolej universiti menyertai mana-mana parti politik ataupun kesatuan sekerja atau pertububahan kecuali dengan kelulusan Naib Canselor. Seksyen ini jelas bertentangan dengan Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan kepada semua rakyat Malaysia untuk berpersatuan. Sesuatu perkara itu tidak lagi dikira sebagai bebas jika perlu meminta izin atau kelulusan daripada seseorang. Jika dilihat populasi mahasiswa di setiap universiti di seluruh negera, mereka kebanyakannya berusia 21 tahun ke atas. Mereka telah pun mencapai usia majoriti(age of majority) dan layak untuk mengundi seperti yang lain. Maka mereka perlu diberi hak kebebasan berpolitik dan berpersatuan sepertimana yang dinikmati oleh masyarakat umum.Oleh itu, ternyata di sini hak mahasiswa untuk berpersatuan atau berpolitik telah disekat oleh provisi yang terdapat di dalam akta ini.

Seterusnya, seksyen 15 (3) dan (4) AUKU 1971 pula tidak sejajar dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Provisi ini antara lain menyekat mahasiswa daripada menyatakan sokongan atau memberi simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau keatuan sekerja atau pertubuhan yang tidak diluluskan oleh pihak universiti. Sedangkan dalam Perkara 15(1)(a) Perlembagaan Persekutuan jelas membenarkan setiap warganegara berhak menyuarakan pendapat.

Manakala peruntukan dalam Syeksen 15D AUKU1971 pula menjadi ancaman utama kepada pelajar,terutamanya kepada pelajar universiti yang mengalami pertuduhan sebarang kesalahan jenayah untuk digantung pengajian dengan serta-merta sehingga kesnya selesai.Peruntukan ini ternyata jelas berlawanan dengan prinsip ”a man is innocent until proven guilty”kerana pelajar terbabit telahpun dihukum sedangkan kesalahannya belum dibutikan lagi.Syeksen 15D(2) pula memeruntukkan,jika mahkamah telah membuktikan pertuduhan yang dikenakan,pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah,akan diterima kembali menyambung pengajian.Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamh akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.Tempoh pengajian pelajar tenyata terjejas disebabkan perkara ini.Atas alasan inilah mahasiswa merasakan bahawa syeksen ini perlu dimansuhkan serta-merta.

Merujuk kepada Pelembagaan Persekutuan,Perkara 4 menyatakan bahawa perlembagaan ini adalah undang-undang tertinggi dalam Persekutuan dan menjadi undang-undang yang digunapakai dalam negara.Oleh itu,mana-mana perlembagaan yang bertentangan dengannya adalah tidak sah.Di sinilah terbukti relevan untuk memansuhkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Dan AUKU ternyata bertentangan dengan Perlembagan Persekutuan kerana jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Terdapat banyak percanggahan antara AUKU dan Perlembagaan Persekutuan menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa AUKU tidak relevan kepada Perlembagaan Persekutuan, sekaligus menggambarlan terdapat kelompongan dalam sistem undang-undang di Malaysia. Seharusnya sebagai sebuah negara yang sudah 50 Tahun merdeka, kebebasan kita tidak sepatutnya disekat. Seolah-olah kita masih lagi terjajah dalam negara sendiri dan tidak bebas bertindak sebagai seorang rakyat yang merdeka.

Golongan cerdik pandai mahasiswa yang memperjuangkan agar AUKU ini dimansuhkan bermatlamat untuk membina ruang bagi kelompok mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin masa depan ini bersifat global, berfikir secara intelektual,bersikap lebih berani dan proaktif serta masak dengan perjalanan negara.Kelompok mahasiswa yang memperjuangkan pemansuhan ini sebenarnya telah menyahut seruan untuk membangunkan modal insan di kalangan pemuda negara.

Sanggahan terhadap salah faham terhadap AUKU

Oleh : Shazni Munir

Dalam orientasi penggubalan suatu rang undang-undang, ada satu istilah yang dipanggil ‘mala fide’ yang merujuk kepada penciptaan suatu undang-undang dengan niat yang & tujuan yang buruk. Jelas melalui penelitian ahli umdang-undang, AUKU digubal atas suatu keadaan yang bersamaan dengan keadaan di atas. Buktinya, AUKU digubal sebaik sahaja berlaku bantahan demi bantahan dari mahasiswa ekoran kelemahan yang ketara sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei sewaktu Malaysia di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra (kini Allayarham) pada waktu tersebut. Rentetan itu, pada tahun 1971, rang undang-undang ini telah dibawa ke parlimen & diluluskan pelaksanaannya. Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1975, Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) yang memegang portfolio Menteri Pelajaran pada waktu tersebut, telah mengusulkan pindaan terhadap AUKU di parlimen & pindaan itu diluluskan walaupun jelas melalui pindaan ini, hak mahasiswa sebagai warganegara langsung terbunuh.

Penulis tertarik untuk memetik beberapa kenyataan Sdr Jabdin Juhat dalam artikelnya, “AUKU Tidak Mungkin Melemahkan Pemimpin Mahasiswa”. Pada peringkat awal, penulis sangat-sangat bersetuju kepada saranan yang beliau lontarkan agar pembawaan mahasiswa & gerakan mahasiswa harus bersifat ‘genuine’, iaitu tidak condong kepada mana-mana parti, sehingga sampai pada satu peringkat, mahasiswa bebas untuk mengkritik & menegur mana-mana pihak tanpa bersikap bias. Walau bagaimanapun, penulis sangat kecewa apabila beliau mengambil pendekatan untuk membela AUKU ini pada akhir artikel dengan alasan, AUKU ini sah penggunaannya & selari dengan perlembagaan.

Penulis merasakan bahawa kenyataan Sdr Jabdin ini bersifat semberono & terburu-buru. Penulis mengatakan sedemikian kerana pada hemat penulis Sdr Jabdin tidak meneliti secara cermat & menyeluruh kesemua kandungan AUKU tersebut. Mungkin juga Sdr Jabdin tidak perasan terdapatnya seksyen-seksyen di dalam AUKU sendiri yang bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebelum pergi lebih jauh, sukalah penulis ingatkan bahawa perjuangan memansuhkan AUKU ini bukanlah semata-mata untuk menghidupkan kembali gerakan mahasiswa yang telah lama terkubur mati. Jika itulah tujuannya, dari satu segi yang lain, AUKU secara hakikatnya telah ‘berjaya melahirkan’ aktivis-aktivis mahasiswa yang berani & cekal dengan mengambil sisi perjuangan untuk melanggar & melawan AUKU. Bahkan lebih jauh, perjuangan untuk memansukan AUKU ini adalah suatu usaha yang konsisten untuk mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan tunjang perundangan negara.

Di sini penulis nyatakan serba ringkas akan kandungan AUKU yang secara jelas telah membontotkan Perlembagaan Malaysia. Pada Seksyen 15D (1) iaitu:-

“Jika seseorang pelajar universiti dipertuduhkan atas suatu jenayah maka ia hendaklah dengan itu serta-merta digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus universiti itu atau kampus mana-mana universiti lain.”

Jelas di sini bahawa AUKU telah menjatuhkan hukuman kepada seseorang sebelum perbicaraan lagi. Dan seksyen ini telah membelakangkan hak kebebasan diri yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kepada semua warganegara dalam Perkara 5 iaitu pada kaedah asasnya setiap warganegara adalah tidak bersalah sehingga dirinya benar-benar dibuktikan bersalah.

Sebenarnya terdapat banyak lagi aspek hak-hak kemanusiaan yang dinafikan di dalam AUKU ini. Bahkan antara percaya atau tidak, terdapat larangan secara jelas kepada mana-mana persatuan, untuk tidak memiliki alat pembesar suara!! Sukalah penulis ingin menanyakan sesuatu kepada Sdr Jabdin, “Adakah penggunaan alat pembesar suara seperti healer mengancam keselamatan & menggugat keharmonian negara ini???”

Oleh yang demikian, penulis menyeru kepada Sdr Jabdin & rakan-rakan di luar sana agar tidak bersikap terlalu ‘lembut hati’ dengan AUKU ini. Penulis kira adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia untuk menolak sebarang bentuk undang-undang yang bercanggah & tidak selari dengan semangat perlembagaan ini.

PEMANSUHAN AUKU WAJIB DISEGERAKAN

Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) adalah suatu akta yang digubal pada tahun 1971 khusus untuk mengekang mahasiswa daripada menjadi ejen semak & imbang (check and balance) kepada kerajaan pada waktu tersebut. Bermula dengan Demonstrasi Anti Tunku yang membuat bantahan secara besar-besaran ekoran kegagalan kerajaan pimpinan Tunku Abduk Rahman Putra untuk menyelesaikan masalah kaum sehingga kegagalan itu telah mencetuskan Tragedi 13 Mei, kerajaan terus mengambil tindakan yang cukup drastik dengan menggubal akta gila ini sewaktu di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak pada tahun 1971. Tidak berhenti setakat itu, pada tahun 1974, kerajaan, di bawah Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) yang pada menjadi Menteri Pelajaran pada waktu itu telah membuat suatu pindaan yang langsung membunuh peranan mahasiswa sebagai ejen semak & imbang kepada kerajaan.

Keadaan ini berterusan sehinggalah negara Malaysia pada hari ini telah ‘berjaya’ menelurkan generasi mahasiswa yang bermentaliti untuk tidak ambil peduli kepada kesusahan & masalah masyarakat sekeliling, apatah lagi untuk menjadi pembela kepada rakyat jelata dalam hal-hal yang berbentuk penindasan & kezalliman. Ilmu-ilmu yang dipelajari di dewan-dewan kuliah sekadar menjadi tiket untuk lulus peperiksaan, dan langsung tidak berperanan dalam membentuk paradigma mereka untuk menjadi kelompok yang cukup kritikal dalam berhadapan dengan kebobrokan di sekeliling mereka.

Bahkan kalau adapun di kalangan mahasiswa ini yang sedar & ada daya sensitiviti terhadap kejelikan yang membadai dalam masyarakat khususnya yang berpunca dari dasar-dasar yang dibuat oleh pemerintah atau sesiapa sahaja, ianya hanya terbatas kepada ‘cakap-cakap kedai kopi’ dan tiada tindakan yang progresif untuk menangani masalah tersebut, Sebabnya hanyalah satu, ketakutan yang terlalu membabi-buta terhadap AUKU, tanpa menyelidiki apa sebenarnya AUKU ini.

Sukalah di sini untuk dinyatakan bahawa AUKU & Tribunal Universiti merupakan 2 elemen rimba yang secara terang-terangan telah membontotkan Perlembagaan Persekutuan sendiri. Sebagai contoh, antara penganiayaan yang melampau yang terdapat pada AUKU ialah pada Seksyen 15D (1) menyatakan bahawa:-
“Jika seseorang pelajar universiti dipertuduhkan atas suatu jenayah maka ia hendaklah dengan itu serta-merta digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus universiti itu atau kampus mana-mana universiti lain.”
Jelas di sini bahawa AUKU telah menjatuhkan hukuman kepada seseorang sebelum perbicaraan lagi. Dan seksyen ini telah membelakangkan hak kebebasan diri yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kepada semua warganegara dalam Perkara 5 iaitu pada kaedah asasnya setiap warganegara adalah tidak bersalah sehingga dirinya benar-benar dibuktikan bersalah.

Lantas mahasiswa sepatutnya tidak perlu berasa gentar apatah lagi berasa terancam dengan undang-undang yang bersifat kebudak-budakan ini kerana secara asasnya hak-hak mereka sangat terjamin di bawah perlembagaan. Oleh yang demikian, tiada resolusi yang lebih tepat untuk akta yang mengarut ini melainkan ianya DIMANSUHKAN DENGAN SEGERA dan dibuang terus daripada kitab perundangan negara.
Justify Full
Kita yakin dan percaya, mahasiswa bukanlah golongan penjenayah yang mesti dilayan secara biadab dan kurang ajar. Bahkan jauh lebih itu, mahasiswalah golongan yang diharap-harapkan untuk menentukan halatuju negara pada masa akan datang. Justeru, layanlah mahasiswa sebagai kelompok yang ada idealismenya yang tersendiri, yang secara pembawaannya bebas daripada sebarang kepentingan politik dan laba keuntungan material.

Oleh yang demikian, biarkanlah mahasiswa bebas,sebebas burung yang berterbangan di langit tinggi. Juga biarkanlah mahasiswa lantang bersuara, kerana kelantangan itu pastinya untuk kepentingan negara yang disayangi ini. Ironisnya, andai mahu melihat generasi akan datang tampil dengan gaya seorang pemimpin yang berjiwa reformis, kita masih berpeluang. Dan peluang itu hanya akan terbuka jika AUKU ini ‘DITAMATKAN PERKHIDMATANNYA’.

GMMA di Parlimen

Alhamdulillah, pada 8 Mei 2008 (Khamis), Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU berpeluang ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum dan badge “AUKU Akta Zalim” kepada beberapa ahli Parlimen.

Seramai 15 orang wakil dari Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) berada di Parlimen semalam untuk aktiviti ini. Ini merupakan aktiviti pertama GMMA dalam usaha untuk melobi ahli parlimen supaya membawa isu ini untuk dibahaskan sempena sidang parlimen yang pertama ini.

Antara ahli parlimen yang diberi memorandum dan badge ialah YB Lim Guan Eng, YB Nurul Izzah, YB Salahuddin Ayub, YB Fuziah Salleh, YB Khairy Jamaludin,  Datuk Seri Nazri Aziz dan juga Datuk Mukhriz Mahathir.

Kemudian, diadakan sidang media dan kenyataan memorandum ini dibacakan oleh lima wakil dari GMMA iaitu, Sdr. Shazni Munir, Sdr Ridhwan, Sdr Muiz, Sdr Ng Yong Jin dan Sdr Mohamad Amirul. Dalam kenyataan ini, GMMA menuntut agar :

1.AUKU dan peraturan subsidiari di bawah akta induk AUKU dimansuhkan

2.Setiap akta yang akan diwartakan di Institut Pengajian Tinggi mestilah mendapat pandangan semua pihak dan dibentuk di atas 5 prinsip utama berikut :

  • Kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan
  • Kebebasan berpersatuan
  • Kebebasan berkumpul
  •  Kebebasan akademik
  • Kuasa autonomi universiti

3. Memberi ruang yang luas untuk semua warga universiti mengembangkan idealism penglibatan dalam semua pertubuhan sama ada di luar atau dalam kampus 

Antara media yang menyiarkan laporan berkenaan aktiviti ini ialah harakahdaily, malaysiakini, tv pas, kosmo dan star.

Berikut

Saudara Ridhwan menyatakan pendirian GMMA terhadap YB Khairy

Saudara Ridhwan menyatakan prinsip GMMA kepada Khairy Jamaludin

Beberapa lagi ahli parlimen yang menerima memorandum dan badge dari wakil GMMA

.

Wakil-wakil front pada sidang media

Ketua sekretariat GMMA, saudara Shazni Munir ditemubual pihak media

Badge yang diserahkan kepada ahli parlimen dan wakil media