Mansuh AUKU!

Kami berpendirian bahawa AUKU ini patut dimansuhkan atas EMPAT (4) teras utama iaitu :

TERAS PERTAMA:

NIAT AUKU DIGUBAL DEMI MENGEKANG AKTIVISME MAHASISWA

 

1. NIAT AUKU 1971 DIGUBAL UNTUK MENUTUP “PEKUNG” KERAJAAN.

 

Setiap undang-undang yang digubal berdiri atas satu-satu niat penggubalan. Begitu juga dengan AUKU. GMA melihat AUKU ini digubal bertitik tolak pada beberapa peristiwa berikut:-

 

1.1 PMUM isytihar manefesto sokong pembangkang dlm PRU ke-4 sehingga tercetusnya Persitiwa 13 Mei 1969.

 

1.2 Demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pd 29 Ogos 1969

 

1.3 Demontrasi “Papan Tanda” 5 Okt. 1970 – pertembungan PMUM (sosialis) & PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu & pendidikan; GM semakin radikal.

 

Kerajaan membentuk “Jawatankuasa Mengkaji Kampus” sehingga tergubal dan diwartakan AUKU pd 18 Mac 1971. Ini membuktikan niat auku digubal untuk menutup “pekung” kerajaan.

2. NIAT AUKU DIGUBALKAN DEMI MENAFIKAN HAK MAHASISWA BERSUARA & BERPERSATUAN DALAM ISU NASIONAL & ANTARABANGSA

Antara beberapa peristiwa sejarah bagi membuktikan perkara di atas adalah seperti berikut :-

 

2.1 14 Jun 1971 – demontrasi pertama oleh PMIUM (2000 mahasiswa UM & UKM) tentang lawatan Thanam Kitikachorn (PM Thailand) ekoran pembunuhan umat Islam Pattani. Ramai mahasiswa ditahan.

2.2 15 Jun 1971 – 3000 orang dipimpin DSAI (PBMUM) dipukul Polis ketika demonstrasi di luar UM. Lebih ramai ditahan.

2.3 16 Jun 2005 – lebih ramai berdemonstrasi mendesak kerajaan bebaskan pimpinan mereka.

2.4 17 Jun 1971 – mereka diikat jamin RM500 seorang oleh Prof Ungku Aziz & Dr. Ariffin Marzuki

2.5 PMUM menaja demontrasi protes AUKU 1971 pada 15 Mei 1972.

2.6 Kelab Sosialis UM (ditubuhkan pd 1973) kembali menguasai PMUM dipimpin oleh Hishamuddin Rais & Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971 demi membantu PMIUM (di bwh Siddiq Fadhil) dan berjaya kuasai PKPM pd tahun 1974 bangkit memimpin mahasiswa nasional demo membantah campurtangan Amerika Syarikat (AS) dalam Perang Arab-Israel pd 13 Okt. 1973, Polis-FRU sembur gas & 3 pemimpin ditangkap. 4000 mahasiswa sekali lagi berdemontrasi di depan kedutaan AS pada 16 Okt. 1974 atas maksud yang sama.

2.7 Kemuncaknya Gerakan Mahasiswa (GM) pada 21 Sept. 1974, 2.30ptg. PMUM menubuhkan Majlis Tiertinggi Sementara (MTS) mengambil alih UM sebagai bantahan tangkapan 5 aktivis termasuk Hishamudin Rais dalam Demonstrasi Tasik Utara Sept. 1974 dan Demontrasi Baling [seramai 400 orang] pada Nov. 1974 yang telah mengakibatkan 1000 mahasiswa ditahan polis & FRU.

 

 

Ini membuktikan niat auku digubalkan demi menafikan hak mahasiswa bersuara dalam isu nasional.

TERAS KEDUA:

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN DALAM AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERSITI 1971 (PINDAAN 1974) YANG MENCABULI HAK-HAK ASASI MANUSIA/MAHASISWA

GMA melihat AUKU ini sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan akta draconion ini WAJIB dimansuhkan. Berikut adalah beberapa akta yang mencabuli hak asasi manusia termasuk MAHASISWA Malaysia :-

 

 

2.1 Seksyen 7(1)

Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada memanggil berhimpun atau mengorganisasikan perhimpunan seramai lebih dari lima orang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Naib Canselor atau wakilnya.

 

 

2.2 Seksyen 7(3)

Tiada seorang pelajar boleh menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan kecuali mendapat kebenaran dari Naib Canselor atau orang yang diberi kuasa olehnya.

 

 

2.3 Seksyen 8

Tiada seorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar mempunyai atau mengguna atau ada dalam milik, jagaan atau kawalannya sesuatu pembesar suara atau seumpamanya.

 

 

2.4 Seksyen 9

Melarang pelajar mengguna bendera, sepanduk, pelekat, poster dan seumpamanya.

 

2.5 Seksyen 11

Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada menjalankan sebarang aktiviti di luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis Naib Canselor.

 

2.6 Seksyen 12

Melarang pelajar dari mengambil bahagian dalam apa-apa perniagaan, pekerjaan atau lain-lain aktiviti sepenuh masa atau sambilan, yang menurut Naib Canselor adalah tidak diingini.

 

2.7 Seksyen 15 (1) dan (2) :

Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain kecuali sebagaimana diperuntukkan dibawah Perlembagaan Universiti atau diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

 

2.8 Seksyen 15 (3) dan (4) :

Melarang pelajar dan pertubuhan pelajar menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain badan.

 

2.9 Seksyen 15 A (1) dan (2) :

Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada memungut wang atau menganjurkan dengan apa cara untuk memungut wang.

 

2.10 Seksyen 15 B (1) :

Pemegang jawatan atau orang yang menguruskan kumpulan pelajar adalah disifatkan melakukan kesalahan sekiranya kesalahan dilakukan atas nama atau bagi pihak persatuan atau kumpulan pelajar itu, melainkan dapat dibuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan dia/ mereka telah berusaha mencegah kesalahan itu. Dia atau mereka boleh didakwa atas kesalahan itu walaupun dia/ mereka tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.

 

2.11 Seksyen 16 :

Jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti menjalankan urusannya dengan cara yang, pada pendapat Naib Canselor, boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan atau kesentosaan Universiti, atau kepada kepentingan atau kesentosaan mana-mana daripada pelajar atau kakitangan Universiti, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan itu melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang bertulis, maka bolehlah Naib Canselor menggantung atau membubarkan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.

 

2.12 Seksyen 15D (1) :

Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduhkan atas suatu kesalahan jenayah maka ia hendaklah dengan itu serta merta digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus Universiti atau Kampus mana-mana Universiti lain.

 

TERAS KETIGA:

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN DALAM AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERSITI 1971 (PINDAAN 1974) MEMPUNYAI UNSUR ZALIM, DISKRIMINASI DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN

GMA melihat AUKU ini boleh membawa kepada tindakan penggantungan atau pembuangan pelajar yang didakwa di bawah kesalahan jenayah atau terhadap siapa yang suatu kesalahan jenayah telah dibuktikan dalam beberapa keadaan tertentu. Antaranya:-

 

Seksyen 15D (1) :

Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduhkan atas suatu kesalahan jenayah maka ia hendaklah dengan itu serta merta digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus Universiti atau Kampus mana-mana Universiti lain.

Di dalam disiplin ilmu undang-undang terdapat satu maksim yang menegaskan bahawa seseorang individu tidak akan bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah (a man is not guilty until he is proven guilty).

Peruntukan ini memberikan kuasa kepada Universiti untuk menjatuhkan hukuman pra-penghakiman (pre-judgment conviction) ketika kes sedang berlangsung di mahkamah dan ianya jelas bertentangan dengan maksim undang-undang yang disebut itu. Pelajar tersebut dijatuhkan hukuman terlebih dahulu oleh pihak Universiti iaitu sama ada dengan menggantung atau membuangnya daripada pengajian sebelum mahkamah membuktikannya bersalah.

Peruntukan ini bukan sahaja bertentangan dengan disiplin ilmu undang-undang malah ianya terbukti tidak adil dan menindas pelajar yang terbabit.

Salah satu contoh paling tragis menurut GMA ialah isu ISA 7 pada tahun 2001. Tujuh mahasiswa digantung dan dibuang universiti walaupun mahkamah masih belum membuktikan mangsa-mangsa ini bersalah. AUKU sangat ZALIM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN.

GMA melihat AUKU mempunyai unsur diskriminasi kerana tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Unsur diskriminasi ini jelas terdapat dalam Syeksen 15A, AUKU.

Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Di samping itu, GMA juga Perkara 15A (1), AUKU merupakan diskriminasi terhadap mahasiswa. Mahasiswa dinafikakan hak untuk mendapatkan peguam. Tetapi dalam Akta Disiplin Dan Surcharge, kakitangan universiti dibenarkan.

 

Kesan diskriminasi ini juga terdapat dalam Syeksen 16(C) AUKU kerana peruntukan kuasa mutlak pihak “Universiti” ke atas mahasiswa dari segi menjalankan perbicaraan tatatertib. Menteri sendiri mempunyai kuasa pengampunan mahasiswa. Sebenarnya realiti ini bertentangan dengan nature law dan doktrin pengasingan kuasa dalam sebuah negara demokrasi. Isu Norlia Bte. Syukri Vs Universiti of Malaya, 1978 merupakan antara contoh tragis yang boleh dirujuk.

 

 

TERAS KEEMPAT:

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN DALAM AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERSITI 1971 (PINDAAN 1974) MEMBUNUH BAKAT DAN AKTIVISME MAHASISWA MALAYSIA

GMA juga melihat AUKU ini juga membunuh aktivisme mahasiswa. Mahasiswa tidak lagi bebas berfikir, berpersatuan, menyuarakan pandangan (secara idealis dan akademik) hattan kehidupan mereka sentiasa diancam. Natijahnya, mahasiswa Malaysia dasawarsa ini tidak lagi menjadi jurubicara ummah demi pembangunan negara sebagaimana mahasiswa Malaysia era 1960-an dan 1970-an.

Realiti ini senantiasa diwar-warkan buhaja di kalangan mahasiswa, malah ahli akademik sendiri.

 

Antaranya:-.

 

 

Fakta Pertama :

Prof. Madya Dr.Sanusi Osman dalam kertas kerjanya, “Mengapa Akta Universiti dan Kolej Universiti ditentang”. Dalam kertas kerja tersebut, beliau menyatakan “penglibatan dan peranan mahasiswa penting sebagai jurubicara rakyat, imej mereka tinggi dan pengaruh mereka juga meluas dalam masyarakat. Sungguhpun begitu, kelantangan kritikan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan, pendedahan di surat-surat khabar mengenai kecurangan dan pernyelewengan kerajaan, pendedahan terhadap pemimpin-pemimpin yang rasuah dan opurtunis yang disertai pula dengan demonstrasi di dalam dan di luar kampus menimbulkan perasaan kurang senang di kalangm elit yang memerintah“.

 

Fakta Kedua :

Menurut Mohamad Suhaimi al-Maniri, “Dengan peruntukan ini mahasiswa tidak bebas lagi memperjuangkan konsep ‘bersama rakyat’ sepertimana yang dipelopori oleh rakan-rakan mereka sebelum akta berkuatkuasa. Mahasiswa selepas akta seolah-olah di’penjara’ dikampus-kampus dengan kehidupan mereka yang tersendiri. Peruntukan ‘ugutan’ mental secara halus oleh pihak berkuasa boleh melemahkan pemimpin-pemimpin mahasiswa berbuat sesuatu kerana boleh ditafsirkan melanggar akta dan menjadikan mereka ragu-ragu dan bimbang sama ada apa yang dilakukannya bertentangan dengan akta ataupun tidak. Penderaan mental seperti ini sudah cukup untuk memberi kesan kepada aktiviti kemahasiswaan. Akibatnya kegiatan kemahasiswaan menjadi semakin suram dan tidak bermaya.”

GMA melihat, AUKU ini meninggalkan pelbagai implikasi. Antaranya ialah membentuk Budaya “Culture of Fear & Complesent Zone” Ke Atas Mahasiswa.

 

Sebagai contoh, aksi Demontrasi Tasik Utara & Demontrasi Baling 1974 merupakan zaman keemasan mahasiswa. Namun, Pasca penggubalan AUKU 1975, pola gerakan mahasiswa semakin tidak bertaring. Buktinya, Peristiwa Memali 1985, mahasiswa tenggelam dalam menjuarai isu besar ini.

 

Advertisements

2 Responses

  1. Assalamualiakum…,
    -pasal amandemen (pindaan) AUKU, berapa kali sebenarnya AUKU di amandemen?
    – ada tak dalam AUKU pasal yang menyekat kebebasan bersuara? boleh tolong ustaz jelaskan sikit pada ana.
    -AUKU menghalang tak mahasiswa untuk berdemonstrasi secara aman?

  2. tolong balas ye ustaz…,
    ana sedang menulis pasal AUKU sekarang
    dari U Islam Negeri Jakarta. min terengganu….,
    syukran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: