Tentang GMMA

Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) meruapakan gabungan badan-badan mahasiswa yang memperjuangkan isu pemansuhan AUKU. Kami menuntut agar AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti simansuhkan demi menjamin kebebasan hak mahasiswa.

ANDA boleh terlibat sama mengambil bahagian dengan membantu dan menyokong aktiviti GMMA. Penglibatan ANDA secara tidak langsung mampu mengembalikan semula kewibawaan mahasiswa dan ahli akademik serta menyuburkan nilai keintelektualan di IPT tanpa campur tangan politik.

 

Dalam jangka masa panjang, kesan AUKU adalah suatu yang sangat membahayakan! Mahasiswa dan ahli akademik terus hidup dalam budaya ketakutan dan keselesaan yang mengakibatkan kelesuan berfikir dan bertindak. Lantas “vacuum” atau ruang kosong yang wujud ini diisi pula pula dengan budaya hedonisme, individualistik dan politik sempit. Malah disuburkan pula dengan hiburan melampau yang langsung tidak menggalakkan pengembangan nilai-nilai murni dan intelektual di kalangan mahasiswa.

 

Dunia akademik perlu diselamatkan! Hanya dengan memainkan peranan ANDA dan penggembelingan usaha daripada pelbagai pihak, perjuangan ini akan dapat diteruskan dan usaha melahirkan barisan pimpinan masa depan yang lebih kompeten dan bertanggungjawab mampu direalisasikan. Ke arah masyarakat dan negara yang adil dan sejahtera.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: