GMMA di Parlimen

Alhamdulillah, pada 8 Mei 2008 (Khamis), Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU berpeluang ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum dan badge “AUKU Akta Zalim” kepada beberapa ahli Parlimen.

Seramai 15 orang wakil dari Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) berada di Parlimen semalam untuk aktiviti ini. Ini merupakan aktiviti pertama GMMA dalam usaha untuk melobi ahli parlimen supaya membawa isu ini untuk dibahaskan sempena sidang parlimen yang pertama ini.

Antara ahli parlimen yang diberi memorandum dan badge ialah YB Lim Guan Eng, YB Nurul Izzah, YB Salahuddin Ayub, YB Fuziah Salleh, YB Khairy Jamaludin,  Datuk Seri Nazri Aziz dan juga Datuk Mukhriz Mahathir.

Kemudian, diadakan sidang media dan kenyataan memorandum ini dibacakan oleh lima wakil dari GMMA iaitu, Sdr. Shazni Munir, Sdr Ridhwan, Sdr Muiz, Sdr Ng Yong Jin dan Sdr Mohamad Amirul. Dalam kenyataan ini, GMMA menuntut agar :

1.AUKU dan peraturan subsidiari di bawah akta induk AUKU dimansuhkan

2.Setiap akta yang akan diwartakan di Institut Pengajian Tinggi mestilah mendapat pandangan semua pihak dan dibentuk di atas 5 prinsip utama berikut :

  • Kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan
  • Kebebasan berpersatuan
  • Kebebasan berkumpul
  •  Kebebasan akademik
  • Kuasa autonomi universiti

3. Memberi ruang yang luas untuk semua warga universiti mengembangkan idealism penglibatan dalam semua pertubuhan sama ada di luar atau dalam kampus 

Antara media yang menyiarkan laporan berkenaan aktiviti ini ialah harakahdaily, malaysiakini, tv pas, kosmo dan star.

Berikut

Saudara Ridhwan menyatakan pendirian GMMA terhadap YB Khairy

Saudara Ridhwan menyatakan prinsip GMMA kepada Khairy Jamaludin

Beberapa lagi ahli parlimen yang menerima memorandum dan badge dari wakil GMMA

.

Wakil-wakil front pada sidang media

Ketua sekretariat GMMA, saudara Shazni Munir ditemubual pihak media

Badge yang diserahkan kepada ahli parlimen dan wakil media

 

 

Leave a comment